Visitors Counter

0068813
Your IP: 54.91.16.95
Server Time: 2018-01-20 22:39:49

Siapa Di Talian

We have 8 guests and no members online

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk menghasilkan lebih ramai usahawan bumiputera dalam memperluaskan produk makanan halal, Green Island Sdn Bhd menyahut cabaran ini.Dengan mengunakan nama DPantai , perniagaan berkonsepkan Restoran mesra alam dan siber telah menarik pengunjung dari dalam serta luar untuk menikmati kelazatan makanan dengan selesa serta kemudahan yang terdapat di kawasan ini di selia dengan rapi bagi kepuasan pengunjung. DPantai memasarkan produk seperti jualan minuman herba asli, masakkan ala-Thai , Masakkan Kampung, Jualan Barangan Runcit, Produk Herba Melayu dan pelbagai produk dalam perancangan untuk dipasarkan di kawasan perniagaan ini supaya ianya dapat memenuhi keperluan serta kepuasan pelanggan. DPantai ditubuhkan pada awal bulan Jun 2008 , Ia merupakan sebuah perniagaan berasaskan perusahaan makanan iaitu pembuatan, peruncitan, penjenamaan dan pembungkusan serta pengedaran makanan. Pada masa ini menumpukan kepada perniagaan makanan dan pelancongan . Dengan menggunakan nama DPantai Restoran untuk memperkenalkan kawasan tempat perniagaan ini yang terletak di Kampung Pantai, Seremban supaya lebih di ketahui pelancong luar bandar.